Saturday, January 12, 2008

Malaysian Animation Education Seminar

Date: 21-22 Jan2008
Venue: Dewan Orkestra ASWARA, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, 464, Jalan Tun Ismail, KL.

For those interested or dabbling in animation as a designer, academic or artist - here's something that should get you into an animated state...
There is a FREE animation seminar organised by ASWARA with the objectives of bringing about better awareness of the latest advances and insights into the challenges & coping strategies to thrive in the world of animation. 12 papers to be presented in 4 sessions over 2 days. Theme is "Malaysian Animation Education Development" (my direct BM translation).

Closing date: 16 Jan 2008. Limited to 200 participants. > Apply now .
More info: Azlim Ibrahim 03-2697 5978, Azizi Ismail 03-2697 5337

To read the original notice in BM from kakiseni, click into the comments section. Note: both ASWARA and ASK websites seems to be down at the time of writing this.

1 comment:

kakireka said...

SEMINAR PENDIDIKAN ANIMASI MALAYSIA
Merangka Pembangunan Pendidikan Animasi Malaysia

Anjuran:
Fakulti Filem & Video
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

Tarikh:
21-22 Januari 2008

Tempat:
Dewan Orkestra ASWARA
Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan
464, Jalan Tun Ismail
50480 Kuala Lumpur

LATAR BELAKANG
Jemaah Menteri pada Mei 2007 memutuskan bahawa ASWARA dijadikan Pusat Pendidikan Animasi Malaysia. Ekoran dari keputusan tersebut, ASWARA telah merangka kurikulum pengajian Animasi di peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah. Program Akademik animasi ini akan dilaksanakan pada Januari 2008.

Sehubungan itu, bagi memulakan gerakkerja ke arah memenuhi arahan Kabinet khasnya dan KEKKWA amnya, iaitu menjadikan ASWARA sebagai Pusat Pendidikan Animasi Malaysia, dicadangkan ASWARA menganjurkan Seminar Pendidikan Animasi Malaysia bagi mendapat maklumbalas pihak akademik, pengusaha dan penggiat animasi.

OBJEKTIF
1. Memperkenalkan bidang baru dan kesedaran kepada para pelajar mengenai perkembangan terkini dalam bidang animasi.

2. Usaha membentuk modal insan yang peka dan dapat memenuhi keperluan bidang animasi di Malaysia

3. Mengenalpasti cabaran-cabaran di dalam dunia pendidiakn animasi dan merangka strategi menghadapinya.

TEMA
Merangka Pembangunan Pendidikan Animasi Malaysia

PESERTA/KHALAYAK SASAR
Para peserta akan terdiri daripada para pensyarah dan pelajar ASWARA, pelajar IPTA dan IPTS, karyawan dan penggiat animasi tempat dan antarabangsa, ahli akademi, pengamal media dan orang awam.

YURAN PENYERTAAN
Penyertaan di dalam Seminar ini adalah secara PERCUMA. Bagaimanapun, pihak penganjur tidak akan menanggung sebarang perbelanjaan perjalanan dan tempat tinggal para peserta.

Hanya 200 orang peserta sahaja dapat diterima untuk seminar ini. Pengesahan penyertaan adalah atas dasar permohonan awal.

KERTAS KERJA
12 kertas kerja akan dibentangkan dalam empat sesi, merangkumi aspek-aspek berikut: Dasar, Pendidikan, Industri dan Pemasaran Animasi.

Selain itu satu sesi khas tayangan Filem Animasi terbitan Malaysia dan satu sesi forum akan turut diadakan.

PEMBENTANG KERTAS KERJA
Semua pembentang kertas kerja sudah dikenalpasti oleh Penganjur, terdiri daripada para sarjana karyawan dan penggiat animasi tempatan, ahli akademik, penerbit karya animasi.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Semua permohonan untuk Seminar ini hendaklah dikemukakan kepada penganjur selewat-lewatnya pada 16 Januari 2008. Sebarang pertanyaan berhubung dengan seminar boleh diajukan kepada URUSETIA SEMINAR PENDIDIKAN ANIMASI MALAYSIA.

Encik Azlim Ibrahim 03-2697 5978 azlim@aswara.edu.my
Encik Azizi Ismail 03-2697 5337 ejay_zi@yahoo.com

URL : www.aswara.edu.my